Home > Berita 433 > VAN DE BEEK & DELLE ALLI SAH SERTAI SKUAD LAMPARD DI EVERTON

VAN DE BEEK & DELLE ALLI SAH SERTAI SKUAD LAMPARD DI EVERTON

Donny van de Beek menjadi pemain pertama ditandatangani Frank Lampard di Everton selepas pemain tengah Belanda itu melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari Manchester United.

Van de Beek melalui 18 bulan yang mencabar di Old Trafford sejak perpindahan bernilai £40 juta (RM225.11 juta) dari Ajax.

Pemain berusia 24 tahun itu bergelut untuk mendapat peluang bermain di bawah kendalian bekas bos United, Ole Gunnar Solskjaer dan pengurus sementara, Ralf Rangnick.

Pemain tengah, Dele Alli berpeluang untuk memulihkan semula kariernya di Everton selepas menyertai kelab Merseyside itu pada hari terakhir jendela perpindahan pemain dari Tottenham Hotspur.

Alli tidak lagi menjadi pilihan utama di Tottenham, kelab yang disertainya pada 2015 dari MK Dons apabila bergelut dengan prestasi sejak beberapa musim lalu.

TIdak dinyatakan yuran perpindahannya tetapi media British melaporkan Alli tiba menerusi perpindahan secara percuma dengan Everton perlu membayar 10 juta pound apabila dia sudah beraksi 20 perlawanan.

Manakala,Bekas Lagenda serta Pengurus Pasukan Chelsea Frank Lampard telah dilantik sebagai pengurus ketujuh Everton dalam enam tahun semalam menerusi kontrak dua setengah tahun.

Dia diberikan tugas untuk terus mengekalkan skuad Toffees di liga utama.

Leave a Reply