Seperti yang dijangka,Liverpool mudah mengatasi United pada aksi perlawanan liga kelmarin. Kemenangan 4-0 itu, sekaligus memberikan kesukaran buat United untuk mara ke saingan Liga Juara Juara Eropah pada musim depan.
Luis Diaz mudah meletakkan tuan rumah seawal minit ke-5, apabila mudah menolak masuk hantaran silang daripada Mohamad Salah. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, perancang tengah United, Paul Pogba pula terpaksa dikeluarkan pada minit ke-10, akibat mengalami kecederaan.
Liverpool tidak menunggu lama, Mohamad Salah sekali lagi menjadi wira, apabila meledak gol kedua pasukan tuan rumah pada minit ke-22 hasil hantaran bertaraf dunia daripada Sadio Mane.
Masuk babak kedua, Sadio Mane pula meledakkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-68. Mohamad Salah sekali menunjukkan penyudah yang klinikal, apabila sekali lagi menambah derita United, sekaligus menjadikan gol tersebut sebagai jaringan peribadi yang ke-22 untuknya musim ini.
Hasil kemenangan tersebut, Liverpool kini bergelar sebagai pendahulu liga dengan kelebihan dua mata berbanding pencabar utama Manchester City. Manakala dengan kekalahan ini, United harus akur dengan menghuni tangga ketujuh liga.