Home > Berita 433 > ULTRAS PSPS RIAU DESAK ZAMSAHAM JUAL KELAB KEPADA PEMILIK LAIN

ULTRAS PSPS RIAU DESAK ZAMSAHAM JUAL KELAB KEPADA PEMILIK LAIN

Selepas didesak oleh penduduk Riau dan Curva Nord 1955 (Ultras PSPS Riau) sejak beberapa bulan yang lalu, akhirnya pemilik PSPS Riau, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham bersetuju untuk melepaskan kelab tersebut kepada pemilik baru.

Namun Zamsaham hanya akan melepaskan kelab itu jika pemilik baru dapat membayar jumlah 81% saham kelab yang bersamaan dengan 15 billion rupiah iaitu kira-kira RM 4.57 juta.

Dalam masa yang sama,Kenyataan tersebut turut memberitahu bahawa jika tiada individu atau syarikat yang berminat untuk membeli saham kelab tersebut, pengurusan sedia ada akan meneruskan projek untuk menguruskan kelab seperti sedia kala.

Leave a Reply