Home > Berita 433 > TOK JANGGUT WARRIORS FC KELAB DARI LIGA M3 YANG SERBA LENGKAP

TOK JANGGUT WARRIORS FC KELAB DARI LIGA M3 YANG SERBA LENGKAP

Siapa sangka sebuah pasukan yang sedang meningkat naik ini mempunyai keupayaan untuk memiliki bas persendirian untuk kegunaan pasukan .TJWFC atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut Warriors FC adalah pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga M3 ( Amatur ) bagi musim 2022 ini.

Tatkala pasukan-pasukan lain sedang sibuk mempersiapkan barisan pemain ,namun satu pendekatan yang berlainan serta satu “upgrade” yang positif telah dilakukan oleh TJWFC untuk menambah baik aset pasukannya

Untuk pengetahuan para pembaca Tok Janggut Warriors FC kini telah mempunyai 3 biji bas persendirian milik kelab . Antaranya 1 bas mini TJWFC , Bas 1 tingkat TJWFC dan Bas 2 tingkat TJWFC .

Pihak pengurusan Tok Janggut Warriors ada menjelaskan , bagi menjana pendapatan kelab , ketiga-tiga bas ini akan disewakan untuk kesemua destinasi seluruh semenanjung Malaysia .

Bukan itu sahaja,Tok Janggut Warriors juga mempunyai kedai makan atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut Warriors Cafe & Steak yang terletak Jeram Mengaji ,Pasir Puteh ,Kelantan Darul Naim.Di persekitaran nya pula mempunyai tempat rekreasi yang serba lengkap dengan trek Flying Fox dan Litar ATV yang boleh digunakan untuk bersiar-siar di perkarangan Cafe tersebut.

Pendekatan ini bukanlah untuk menjadi buah mulut dan ‘marketing’ sahaja , malah perkara ini merupkan satu petanda positif kepada kita lebih-lebih lagi kepada Liga Malaysia supaya nampak lebih kompetitif dan proffesional .

Perkara ini juga dapat dijadikan moral kepada pasukan-pasukan lain dalam usaha mereka membina pembangunan kelab mereka dan secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu , kualiti & nilai komersial kelab

Kami di 433 Malaysia mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan Tok Janggut Warriors FC dalam mengharungi musim 2022 .

Leave a Reply