Home > Liga Malaysia 2023 > TERENGGANU MENGAMUK SEHINGGA 8-0

TERENGGANU MENGAMUK SEHINGGA 8-0

Pasukan Liga Super, Kelantan FC menerima tamparan hebat apabila tewas kepada seteru Pantai Timur, Terengganu FC.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke-iv menyaksikan anak didik Alfredo Vera diratah pada babak pertama permainan.

Keadaan padang yang dilimpahi air hujan menjejaskan prestasi tuan rumah apabila dibolosi 4 gol.

Pesta jaringan dimulakan apabila peledak berbisa pasukan, Ivan Mamut menjaringkan gol seawal minit ke-13 disusuli tiga lagi jaringan oleh Nurillo pada minit ke-27, Nik Sharif dan Engku Shakir masing-masing pada minit ke-36 dan 39.

Bersambung babak kedua, The Red Warriors dilihat sukar untuk mengekang asakan Terengganu yang cukup ampuh pada setiap posisi.

Terengganu menambah 4 lagi jaringan menerusi hatrik Ivan Mamut dan Safwan Mazlan sebelum Hakimi Abdullah melengkapkan duka tuan rumah.

Kelantan yang seakan sudah mengalah pada perlawanan ini tidak mampu menjaringkan sebarang gol.

Perlawanan kekal sehingga tamat wisel permainan.

Kelantan kini menghuni tangga ke-13 liga dengan 8 mata manakala Terengganu di tangga ke-6 dengan 32 mata selepas 20 perlawanan

Leave a Reply