Home > Berita 433 > “SUPER EJEN MINO RAIOLA” SAH MENINGGAL DUNIA

“SUPER EJEN MINO RAIOLA” SAH MENINGGAL DUNIA

Ejen bola sepak berprofil tinggi Mino Raiola dikhabarkan telah meninggal dunia pada usia 54 tahun selepas melakukan pembedahan baru-baru ini 

Raiola adalah ejen kepada bintang seperti Paul Pogba, Erling Haaland dan Zlatan Ibrahimovic. Raiola dimasukkan ke hospital di Milan pada bulan Januari dan menjalani pembedahan ,dan apabila ditanya,pihak keluarga Raiola tidak mendedahkan penyakit itu

Laporan dari media Itali mengatakan,selepas Raiola melakukan pembedahan,beliau akan memulakan tempoh pemulihan di rumah. 

Mino Raiola disifatkan sebagai salah seorang ejen yang bekerja keras dari permulaan yang sederhana untuk menjadi salah seorang tokoh paling berpengaruh dalam urusan jual beli pemain bola di dunia,Raiola juga terkenal dengan sifat “broker” tawaran mega yang melibatkan beberapa pemain paling terkemuka. 

Dia menjadi wakil kepada Pogba, Haaland, Ibrahimovic, Romelu Lukaku, Mario Balotelli, Marco Verratti dan Henrikh Mkhitaryan. 

Dilaporkan bahawa Raiola memperoleh sebanyak £20 juta daripada rekod dunia £89 juta penjualan Pogba daripada Juventus kepada Manchester United pada 2016. 

Ia telah membentuk musim panas yang sibuk untuk Raiola, dengan Pogba dan Haaland antara pelanggannya dijangka akan berpindah

Leave a Reply