Penyerang kebangsaan Nigeria, Ismaheel Akinade terus memberikan impak segera buat pasukan Kelantan FC apabila menjaringkan gol debutnya malam ini.
Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamed IV itu menyaksikan pertembungan antara The Red Warriors menentang Penang FC dalam misi mendapatkan tiga mata.
Perlawanan ini mencuri tumpuan tatkala pemain berusia 29 tahun ini melakukan debut apabila turun dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Choi Moon-sik.
Beliau segera memberikan impak apabila berjaya membuka akaun jaringannya dalam Liga Malaysia menerusi satu gerakan cantik.
Akinade berada dalam posisi yang cukup baik untuk menerima umpanan daripada pertahanan kanan Kelantan, Ghaffar dan menanduk masuk ke dalam gawang Penang.
Kelantan kekal mendahului permainan dengan keputusan 2-0 pada babak pertama.