Bekas pemain Manchester United, Shinji Kagawa telah menyertai kelab Belgium Sint-Truiden secara percuma. Bekas pemain antarabangsa Kebangsaan Jepun mempunyai 97 penampilan itu skuad kebangsaan tersebut telah dilepaskan oleh pasukan yang berpangkalan di Greece iaitu PAOK bulan lalu. Tetapi Kagawa telah diberi peluang untuk menghidupkan semula kariernya dengan perpindahan ke kelab liga utama Belgium itu.
Semasa dalam perjalan ke kelab tersebut, Shinji Kagawa telah memuat naik kenyataan di laman web kelab:
“Hello penyokong STVV, Saya telah membuat keputusan untuk datang dengan keazaman yang kuat, Saya mahu menyumbang dengan bola sepak dan pengalaman saya serta membantu pasukan mencapai matlamatnya. Saya tidak sabar untuk berkhidmat kepada peminat dan penyokong. Terima kasih atas sokongan anda.”
Kagawa hanya yang hanya berjaya melakukan 12 penampilan dalam semua pertandingan bersama PAOK. Sebelum itu, bekas pemain tengah United itu hanya bertahan setahun di kelab divisyen dua Sepanyol, Real Zaragoza.
Nama Kagawa telah menjadi bualan hangat apabila telah berjaya menjaringkan 57 gol dalam 127 perlawanan untuk kelab Jepun Cerezo Osaka dan Pada 2010, dia menyertai Borussia Dortmund, di mana dia telah menjaringkan 21 gol dalam hanya 49 perlawanan Bundesliga. Di sebabkan prestasi nya yang begitu menyerlah bersama Borussia Dortmund, ianya telah menarik minat kelab Man United untuk mengeluarkan wang sebanyak £12 juta untuk mendapatkannya.
Kagawa tidak pernah berpuas hati dengan prestasi dirinya dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas hanya Berjaya menjaringkan 6 gol dalam 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim sulungnya bersama Man United. Dia dihantar semula ke Dortmund dan telah melakukan 99 penampilan kali dalam lima musim sebelum dipinjamkan ke Besiktas sebelum akhirnya dijual kepada Zaragoza pada 2019.
Kini di STVV beliau meneruskan perjuangannya selepas menimba ilmu dan pengalaman di German, England, Sepanyol dan Greece. STVV yang kini menduduki tempat ke-13 dalam senarai 18 pasukan di liga Divisyen pertama Belgium dan hanya satu mata dari pasukan yang berada tangga ke-16.