Home > Liga Malaysia 2023 > SELANGOR SELESA, PENANG FC TERJERAT

SELANGOR SELESA, PENANG FC TERJERAT

Selangor FC bangkit daripada kekalahan di tangan Sri Pahang FC minggu lepas dengan mengalahkan Penang 3-0 di Stadium MBPJ hari ini.

Dengan Sri Pahang FC tunduk 4-0 kepada Sabah FC dalam satu lagi aksi Liga Super, ini peluang buat anak-anak buah Tan Cheng Hoe melebarkan kelebihan mata ke atas Tok Gajah.

Tuan rumah bagaimanapun perlu menunggu sehingga minit ke-29 untuk membuka jaringan menerusi pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh.

Tersentak, Penang FC cuba bangkit. Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-44 menerusi sepakan percuma Adriano Narcizo tetapi percubaannya terkena palang.

Bersambung pada babak kedua, Red Giants melebarkan lagi kelebihan mereka menerusi pemain gantian, Ricmond Boakye pada minit ke-59.

Itu merupakan gol pertama bekas penyerang Juventus itu selepas menyertai Selangor FC dalam tetingkap perpindahan kedua.

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim memastikan kemenangan buat Merah Kuning menerusi gol ketiga pada minit ke-78.

Leave a Reply