Home > Liga Malaysia 2023 > SELANGOR “HOME” KAN STADIUM IPOH

SELANGOR “HOME” KAN STADIUM IPOH

Selangor merampas semula kedudukan kedua Liga Super apabila membelasah Perak 4-0 hari ini. Perlawanan hari ini yang diadakan di Stadium Perak dianggap istimewa dan digelar El Clasico Malaya disebabkan persaingan sengit Gergasi Merah buy stanozolol dan Seladang satu ketika dahulu. Walaupun sedar lawan mereka berstatus pasukan gergasi, anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim dilihat tidak gentar lebih-lebih lagi dengan sokongan penyokong di Stadium Perak. Justeru, sebaik sepak mula, Perak berupaya menyerap asakan jentera serangan Merah Kuning yang diketuai penjaring terbanyak mereka, Ayron Del Valle.

Tetapi segala-galanya berubah pada minit ke-40 apabila pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim dijatuhkan di luar kotak penalti. Sepakan percuma yang diambil Del Valle seminit selepas itu menerjah gawang The Bos Gaurus yang dikawal T. Shaheeswaran.

Lima minit kemudian, giliran Faisal pula mencipta nama sebagai penjaring. Bekas pemain sayap Terengganu itu berjaya melepasi perangkap ofsaid Perak sebelum melepaskan rembatan menewaskan Shaheeswaran. Kedudukan 2-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Selangor terus selesa menambah gol. Tonggak skuad B-22 negara dan kapten Merah Kuning hari ini, Mukhairi Ajmal melupakan kegagalan kempen Sukan SEA 2023 dengan gol jarak jauh pada minit ke-51 selepas menerima hantaran Faisal.

Del Valle menyangka telah menyumbat gol keempat Red Giants pada minit ke-58 selepas menerima hantaran Mukhairi. Bagaimanapun, penyerang Colombia itu hampa apabila bola yang disepak terkena tiang sebelum dikeluarkan pertahanan The Bos Gaurus.

Perak bertambah tertekan apabila Del Valle menambah gol keempat Selangor pada minit ke-69. Pemain gantian, Nor Hakim Hassan melakukan satu hantaran yang mudah ditanduk bekas penyerang Once Caldas itu ke arah gawang tuan rumah.

Perlawanan hari ini turut menyaksikan buat pertama kalinya dalam Liga Super musim 2023, pertukaran pengadil dilakukan pada minit ke-73. Ini selepas pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharudin terpaksa digantikan oleh pegawai keempat perlawanan, Mohd Azizan Saat Ariffin susulan mengalami kecederaan buku lali.

Anak-anak buah Teong Kim berusaha memburu gol saguhati tetapi keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan keputusan ini, Selangor menduduki tangga kedua liga dengan 25 mata tetapi mendahului Sri Pahang yang mempunyai mata sama dari segi perbezaan gol.

Manakala Perak terus berada di tangga ke-11 liga dengan sembilan mata. Begitupun, dengan beberapa pemain mengalami kecederaan dalam perlawanan ini, Cheng Hoe mengharapkan mereka sempat pulih menjelang perlawanan menentang Kedah pada 24 Mei ini.

Leave a Reply