Home > Liga Malaysia 2023 > PIALA SUMBANGSIH : JDT TERUS JADI IGAUAN TERENGGANU FC

PIALA SUMBANGSIH : JDT TERUS JADI IGAUAN TERENGGANU FC

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih apabila mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu. Skuad Harimau Selatan sekali lagi mecipta rekod baharu dengan mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah selama 6 tahun berturut-turut.

Pemain import baru JDT iaitu Juan Muniz juga melakukan “debut” di Stadium Sultan Ibrahim telah menghasilkan jaringan melalui tandukan daripada hantaran lintang pemain pertahanan kiri JDT. Rentak permainan ini diteruskan malah lebih mendatangkan bahaya kepada pasukan Sang Penyu dan hasilnya menghadiahkan lagi sebuah gol yang datang daripada pemenang kasut emas MFL musim lepas iaitu “The Bergshow” Bergson Da Silva.

Anak didik Tomislav Steinbrucker gagal menfaatkan satu sepakan percuma daripada Sonny Norde yang melambung tinggi. Pemain sensasi terbaru mereka juga iaitu Adisak Kraisorn gagal dalam membuat sebarang percubaan cantik.

Keputusan penuh hingga wisel terakhir ditiup menyaksikan JDT menjulang piala pembukaan liga Malaysia musim 2023 sekaligus mendapatkan 3 mata penuh yang berharga.

Leave a Reply