Home > Liga Malaysia 2023 > PIALA MALAYSIA: TERENGGANU KEMBALI KE FINAL

PIALA MALAYSIA: TERENGGANU KEMBALI KE FINAL

Terengganu berjaya merebut tiket ke final Piala Malaysia 2023 selepas menumbangkan KL City untuk mengiringi perjalanan juara bertahan, JDT di pentas akhir.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.

Terengganu memiliki dua peluang terbaik menerusi rembatan Sony Norde dan Habib Haroon namun ketangkasan penjaga gol The City Boys, Kevin Ray Mendoza menyelamatkan maruah lawan.

Tuan rumah bagaimanapun akhirnya berada di depan apabila penyerang berbisa pasukan, Ivan Mamut meledak gol pertama menerusi satu rembatan pada minit ke-41.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, anak buah Nenad Bacina kembali bersemangat untuk memburu gol penyamaan.

Usaha ini membuahkan hasil apabila Romel Morales berjaya menyamakan kedudukan namun gol itu dipadam sekali lagi oleh Ivan Mamut untuk gol kedua pasukan.

Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Anak buah Tomislav Steinbruckner layak ke pentas akhir dengan agregat 4-2.

JDT yang sudah menanti cabaran besar ini selepas membenam Perak FC dengan agregat 12-2 selepas kemenangan besar 8-1 semalam.

Leave a Reply