Home > Liga Malaysia 2023 > PIALA MALAYSIA: SELANGOR BANGKIT PENUH BERGAYA

PIALA MALAYSIA: SELANGOR BANGKIT PENUH BERGAYA

Perlawanan Piala Malaysia melibatkan pertembungan PDRM dan Selangor FC berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Selangor.

Kedua-dua pasukan mempertaruhkan barisan terbaik dengan The Kops turun dengan dua pemain baharu iaitu Hadi Fayyadh dan Mario Arques.

The Red Giants bagaimanapun menerima tamparan hebat apabila turun tanpa kelibat pemain sayap berbisa, Faisal Halim yang digantung.

Perlawanan bermula dengan cukup baik apabila kedua-dua pasukan saling berukar serangan.

PDRM jelas lebih baik untuk memanfaatkan peluang apabila Bruno Suzuki bijak membaca hantaran daripada rakan sepasukan.

Beliau sempat melepaskan rembatan namun terkena palang sebelum Hadi Fayyadh mudah meletakkan bola ke dalam gawang untuk keputusan 1-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah Tan Cheng Hoe kembali bangkit untuk mengubah kedudukan semasa.

Pertukaran dua pemain iaitu Mukhairi Ajmal dan Yazan Al-arab yang digantikan dengan Aliff Izwan dan Orozco telah mengubah corak permainan pasukan.

Usaha keras pemain Selangor membuahkan hasil apabila kesilapan penjaga gol PDRM yang gagal menangkap bola dengan kemas berjaya disudahkan oleh Ayron Del Valle.

Selangor kembali mendahului permainan apabila Ayron yang tidak dikawal di hadapan gol melakukan sepakan gunting untuk menewaskan Ramadhan.

Gol ketiga Selangor hadir menerusi tandukan pertahanan tengah, Harith Haiqal yang bijak meloloskan diri dalam kotak penalti untuk mencari hantaran rakan sepasukan.

Malam gemilang Selangor dilengkapi oleh jaringan cantik Yohandry Orozco dalam kotak penalti bagi menoktahkan kemenangan 4-1.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan pasukan pelawat memiliki kelebihan menjelang aksi timbal balik 19 Ogos kelak.

Leave a Reply