Home > Liga Malaysia 2023 > PIALA MALAYSIA: NEGERI SEMBILAN KE SUKU AKHIR

PIALA MALAYSIA: NEGERI SEMBILAN KE SUKU AKHIR

Negeri Sembilan berjaya menang besar ke atas Kelantan United dengan jaringan 4-2 dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia di stadium Tuanku Abdul Rahman. Kelantan United terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-3 permainan menerusi OJ Porteria.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan terus menggandakan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan 5 minit selepas itu hasil jaringan Casagrande.

Negeri Sembilan kemudian berjaya mendahului Kelantan United apabila Barath Kumar menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-19 perlawanan.

Gol ketiga Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hein Htet Aung pada minit ke-34 permainan.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Negeri Sembilan mendahului Kelantan United 3-1.

Kelantan United cuba bangkit apabila berjaya mendapatkan gol kedua menerusi sepakan penalti pemain veteran Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-65 permainan.

Harapan Kelantan United untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun musnah apabila Negeri Sembilan menjaringkan gol keempat sewaktu minit ke-87 hasil sepakan penalti penyerang baharu mereka, Youssef Ezzejjari.

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 4-2.

Negeri Sembilan kini bakal bertemu juara bertahan, JDT bagi aksi suku akhir Piala Malaysia 2023.

Leave a Reply