Home > Liga Malaysia 2023 > PIALA MALAYSIA: KL CITY KE SEPARUH AKHIR

PIALA MALAYSIA: KL CITY KE SEPARUH AKHIR

Pertembungan dua pasukan Liga Super, KL City FC dan Sri Pahang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat.

Aksi di Stadium Darul Makmur ini terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat yang menjejaskan waktu perlawanan.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dilihat sedikit bergelut untuk mendapatkan rentak disebabkan padang yang basah.

The City Boys dilihat lebih dominan untuk mengawal permainan berjaya mendahuli menerusi jaringan cantik Romel Morales.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak pasukan pelawat.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan namun pertahanan KL City sedia bertahan dengan kemas.

Usaha anak buah Tok Gajah berterusan hingga minit akhir permainan dengan Kpah Sherman berjaya mencuri beberapa peluang terbaik perlawanan.

Sri Pahang yang merekodkan 13 percubaan sepanjang memiliki peluang terbaik menerusi sepakan percuma Stefano Brundo namun singgah di tiang gol.

Sri Pahang memperoleh penalti yang disempurnakan oleh Stefano Brundo pada akhir babak kedua.

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan KL City mara ke separuh akhir dan bakal bertemu Selangor atau Terengganu.

Leave a Reply