Home > Harimau Malaya > Umum > PIALA MALAYSIA: JDT CIPTA SEJARA, RAIH “DOUBLE QUADRUPLE

PIALA MALAYSIA: JDT CIPTA SEJARA, RAIH “DOUBLE QUADRUPLE

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik JDT.

Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan Harimau Selatan mengekalkan barisan terkuat sementara Sang Peteh mempertaruhkan pertahanan tempatan bagi aksi getir ini.

Padang yang tidak berada dalam keadaan terbaik jelas menjadi penghalang buat kedua-dua pasukan untuk memperagakan aksi terbaik pada babak pertama.

Anak buah Tano Solari bagaimanapun tidak menunggu lama untuk mencari gol pembukaan apabila kesilapan Azam Azmi yang menolak Fernando Forestieri menghadiahkan sepakan penalti.

Penyerang berbisa JDT, Bergson mudah menjaringkan gol apabila menghantar Suhaimi Husin ke arah berlawanan pada minit ke-5.

Kesilapan sama berulang oleh pertahanan JDT apabila Jordi Amat menolak Ivan Mamut yang memiliki peluang untuk menjaringkan gol.

Penyerang Croatia itu mudah menolak bola itu ke dalam gawang untuk gol penyamaan juga menerusi sepakan penalti.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-1.

Bersambung babak kedua, anak buah Tomislav Steinbruckner terus menekan lawan dengan aksi yang cukup bertenaga.

Ivan Mamut sekali memperoleh peluang untuk meledak namun percubaan satu lawan satunya dengan Syihan Hazmi dinafikan.

Pemain gantian JDT, Feroz Baharudin muncul juara apabila tandukannya memastikan kemenangan buat Harimau Selatan.

Penalti Arif Aiman untuk gol ketiga JDT menutup peluang JDT bangkit pada masa kecederaan.

JDT juga berjaya mengekalkan kejuaraan setelah berjaya memenangi pada tahun 2022 sekaligus menyaksikan mereka menyapu bersih semua kejuaraan domestik musim ini.

Leave a Reply