Home > Liga Malaysia 2023 > PIALA MALAYSIA: HATRIK IVAN MAMUT MEMBAWA TUAH

PIALA MALAYSIA: HATRIK IVAN MAMUT MEMBAWA TUAH

Pertembungan pasukan Liga Super, Terengganu FC menentang kelab Liga M3, KL Rovers berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan pelawat.

Beraksi di laman sendiri, KL Rovers gagal menyerap tekanan awal daripada skuad Peteh apabila memulakan permainan dengan percubaan oleh Sony Norde.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Ivan Mamut memecah kebuntuan pada minit ke-18.

Nor Hakim Hassan memiliki peluang keemasan dalam kotak penalti namun rembatannya tersasar ke kiri gawang gol lawan.

Penyerang tinggi lampai Croatia itu sekali lagi bijak memperdaya pertahanan KL Rovers iaitu Amier Saidin sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Ameerul Eqhwan.

Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner menambah duka apabila Engku Syakir menjaringkan gol ketiga sebelum Ivan melengkapkan hatrik untuk kemenangan besar di tempat lawan.

Kelebihan ini membantu Terengganu untuk turun beraksi di halaman sendiri bagi aksi timbal balik pada 18 Ogos kelak.

Terengganu akan berkunjung ke Kelantan United bagi aksi Liga Super berikutnya untuk terus memperbaiki kedudukan dalam saingan liga.

Leave a Reply