Home > Liga Malaysia 2023 > PIALA FA: JDT TEPATI RAMALAN

PIALA FA: JDT TEPATI RAMALAN

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke pentas akhir Piala FA apabila menewaskan Selangor dengan keputusan 4-0.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi mencatatkan kemenangan penting untuk melayakkan diri ke pentas akhir mengiringi KL City FC.

Selangor lebih rancak melakukan serangan awal terutamanya menerusi sepakan penjuru namun tidak membuahkan hasil.

JDT hanya memerlukan satu serangan balas pantas sebelum Arif Aiman melepaskan rembatan untuk gol pembukaan perlawanan.

Pemain berusia 21 tahun itu terus menghukum kealpaan benteng pertahanan The Red Giants apabila menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-33 dan 40 untuk melengkapkan hatriknya pada perlawanan ini.

Bersambung babak kedua, Selangor tidak diberikan ruang untuk bernafas apabila pemain kelahiran Argentina, Fernando Forestieri meledak gol keempat JDT.

Percubaan demi percubaan yang dilancarkan oleh pemain Selangor terus dinafikan oleh penjaga gawang JDT, Ahmad Syihan Hazmi sekaligus menyaksikan gawang gol mereka kebal tak dibolosi.

JDT menempah slot ke final dan bakal berdepan KL City dalam merebut kejuaraan Piala FA.

Leave a Reply