Home > Liga Malaysia 2023 > PERAK TERUS KENA ROADBLOCK DENGAN PDRM FC

PERAK TERUS KENA ROADBLOCK DENGAN PDRM FC

Biarpun masih diasak berkenaan perihal jurulatih Azzmi Aziz yang direhatkan, itu langsung tidak menghalang PDRM FC daripada mencatat kemenangan 1-2 ke atas Perak FC.

Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah beberapa kali mendapat peluang menjaringkan gol. Malangnya, mereka banyak kali terperangkap dengan perangkap ofsaid yang dibuat The Cops.

Peluang terbaik mereka hadir menerusi sepakan jarak jauh Che Suhairi Che Halim pada minit ke-32. Tetapi penyokong tuan rumah hampa apabila ia berjaya ditangkap kemas penjaga gol PDRM FC, Aqil Abdul Razak.

Dengan perlawanan terikat 0-0 pada rehat separuh masa, Sang Saka Biru menggandakan asakan mereka pada separuh masa kedua.

Kesungguhan mereka berhasil apabila membuka tirai jaringan menerusi Uche Agba pada minit ke-49. Bekas penyerang Sarawak United FC itu melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Seladang, T. Shaheeswaran.

Tersentak, Perak FC cuba bangkit memburu gol penyamaan. Malangnya, pelawat menambah kelebihan jaringan mereka menerusi Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-56.

The Bos Gaurus menggandakan asakan dan berhasil mendapat gol saguhati menerusi gol sendiri bek tengah The Cops, James Okwuosa pada minit ke-73.

Di sebalik usaha memburu gol penyamaan, keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Kemenangan ini melonjakkan The Cops ke tangga ketujuh liga dengan The Bos Gaurus kekal di tangga ke-11 liga.

Sementara itu, Sri Pahang FC yang dibimbing Fandi Ahmad mencipta kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan FC dalam satu

lagi aksi Liga Super. Fadhli Shas dan Kpah Sherman masing-masing menyumbat dua gol dengan satu gol lagi disumbang Sergio Aguero.

Leave a Reply