Home > Berita 433 > PENYOKONG MINTA PRESIDEN,MESSI DAN NEYMAR TINGGALKAN PSG

PENYOKONG MINTA PRESIDEN,MESSI DAN NEYMAR TINGGALKAN PSG

Bintang Argentina,Leonel Messi itu telah diejek setiap kali mendapat bola ketika kemenangan 3-0 ke atas Bordeaux Ahad lalu, manakala Neymar juga menjadi mangsa selepas dia menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Peminat menuntut presiden kelab Nasse Al-Khelaifi, serta pengarah sukan Leonardo, untuk meletakkan jawatan selepas tersingkir daripada pentas tertinggi Eropah itu.

Pusat latihan kelab diconteng dengan mesej menuntut Messi dan Al-Khelaifi meninggalkan kelab ibu kota Perancis itu.

“Nasser, Leo keluar” dan “10 tahun dalam kesederhanaan” antara mesej yang disampaikan peminat PSG.

Kesemua contengan dipadamkan sudah dipadamkan pihak kelab semalam.

Hanya Kylian Mbappe terselamat daripada kecaman peminat susulan prestasi memberangsangkan penyerang Perancis itu ketika aksi menentang Real Madrid di mana dia meledak satu gol dalam kedua-dua perlawanan.

Leave a Reply