Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam usaha untuk meraih 3 mata bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.
The City Boys beraksi dengan cukup baik untuk mendapatkan gol pendahuluan namun berjaya disekat oleh barisan pertahanan lawan yang kebal mengekang asakan.
Anak didik K. Devan memperoleh peluang terbaik menerusi gerakan oleh Mahali Jasuli namun rembatan pemain itu tersasar ke bahagian kiri Kevin Ray Mendoza.
Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Romel Morales memanfaatkan kekalutan dalam kotak penalti untuk memberikan gol pembukaan.
Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan memperoleh peluang terbaik namun sepakan percuma oleh Tomi Mawat Bada hanya melintasi gawang gol KL City.
Peluang kedua terbaik dimiliki ketika serangan balas pantas namun percubaan A. Selvan tersasar.
Negeri Sembilan memperoleh gol saat akhir menerusi percubaan Zainal Abidin dalam kawasan penalti.
Aksi berikutnya menyaksikan anak buah Bojan Hodak berdepan JDT dalam aksi final Piala FA manakala Negeri Sembilan berdepan Terengganu pada 28 Julai kelak.