Home > Liga Malaysia 2023 > NEGERI SEMBILAN GAGAL KUTIP 3 MATA PENUH DILAMAN SENDIRI

NEGERI SEMBILAN GAGAL KUTIP 3 MATA PENUH DILAMAN SENDIRI

Negeri Sembilan membuka kempen Liga Super mereka dengan satu mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini.

Sebaik sepak mula, skuad Hoben Jang Hoben yang mendapat sokongan padu penyokong di tempat sendiri melancarkan serangan ke atas pasukan pelawat.

Hasilnya, tuan rumah mendahului menerusi penyerang import dari Brazil, Casagrande pada minit ke-21. Satu hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Safuwan Baharuddin ditanduk Herold Goulon ke arah penyerang Brazil itu sebelum melepaskan rembatan tepat ke penjuru atas gawang Sri Pahang.

Derita anak-anak buah Fandi Ahmad semakin bertambah apabila penjaga gol utama, Izham Tarmizi Roslan terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan serius. Kecederaan itu dialami selepas penjaga gol pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bertembung dengan Hasbullah Abu Bakar.

Ketinggalan 1-0 pada babak pertama, skuad Tok Gajah bangkit pada babak kedua. Dan hasilnya, pemain gantian Abdul Malik Mat Ariff menyumbat gol penyamaan pada minit ke-48. Enam minit selepas itu, Malik sekali lagi mencemaskan gawang skuad Jang tetapi percubaannya terkena sedikit meliar.

Tamat permainan, kedua-dua pasukan akur dengan perkongsian 1 mata.

Leave a Reply