Home > Berita 433 > MYAMMAR TARIK DIRI,MALAYSIA MENANG PERCUMA

MYAMMAR TARIK DIRI,MALAYSIA MENANG PERCUMA

Petang ini pada jam 5.00 petang, skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia dijadual berdepan pasukan Myanmar dalam saingan Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Begitupun, maklumat terbaharu dikongsi Astro Arena memaklumkan Myanmar terpaksa menarik diri pada saat akhir disebabkan ramai pemainnya dijangkiti COVID-19.

Situasi itu menyaksikan skuad negara memperoleh kemenangan percuma sekali gus tiga mata berjaya diraih Malaysia.

Sebelum ini, juara bertahan Indonesia yang diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan negara sah menarik diri daripada kejohanan itu.

Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) dalam kenyataan memaklumkan penarikan diri itu disebabkan tujuh pemain dan seorang pegawai pasukan disahkan positif COVID-19.

Selepas Indonesia menarik diri, skuad B-23 kebangsaan hanya akan menempuhi dua perlawanan kumpulan masing-masing menentang Myanmar pada 15 Februari dan Laos (18 Feb) di Stadium Prince.

Namun, khabar terbaharu ini menyaksikan Malaysia hanya akan berdepan Laos dan mengikut format kejohanan, hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.

Sekiranya kejohanan diteruskan dan dalam keadaan Indonesia dan Myanmar menarik diri, slot ke separuh akhir nampaknya hampir pasti menjadi milik Malaysia sekiranya berjaya menumbangkan Laos kelak.

Leave a Reply