Home > Berita 433 > MO SALAH DAN SADIO MANE ADA KASUT EDISI KHAS SEMPENA AFCON 2021

MO SALAH DAN SADIO MANE ADA KASUT EDISI KHAS SEMPENA AFCON 2021

Mo Salah dan Sadio Mane telah menerima but terbaru menjelang kempen Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2021. Duo dari Liverpool iaitu Salah dan Mane kedua-duanya berusia 29 tahun dan bakal bersaing dalam kejohanan antarabangsa untuk negara masing-masing.

Kasut baharu Salah yang telah dikeluarkan oleh jenama sukan terkenal iaitu Adidas telah mempamerkan sejumlah besar corak emas serta mempunya perkataan ‘MO’ yang boleh dilihat dari belakang pada kasut sebelah kiri, manakala disebelah kanan mempunyai logo mahkota bagi memberi penghormatan kepada Mo Salah yang digelar “Raja Bola Sepak Mesir”

Mesir akan memulakan perlawanan pertama mereka dalam kejohanan ini dengan menentang Nigeria pada hari Selasa. Salah yang juga merupakan pemain harapan bagi negaranya telah menjaringkan 45 gol dalam 73 perlawanan untuk negaranya sepanjang satu dekad, tetapi malangnya dia masih lagi belum memenangi pertandingan itu selepas kali terakhir memenangi hampir mendakap piala tersebut pada 2017 namun telah ditewaskan 2-1 oleh Cameroon pada perlawanan akhir.

Manakala New Balance pula telah menghasilkan corak api kebiruan ditambah dengan warna kasut yang berwarna oren yang telah menyerlahkan lagi kasut tersebut.Selain itu, hiasan pada tali kasut ini juga agak menarik perhatian apabila dihasilkan dengan tulisan “The Lion Roars: Sadio Mane” yang merujuk kepada nama panggilan Senegal “The Lions of Teranga”.Terdapat juga beberapa ilustrasi pada tapak kasut baru Mane ini yang menampakkan seolah-oleh beliau sedang meraikan jaringan dengan “The Lion Roars”.

Senegal telah memulakan kempen Piala Negara-Negara dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Sadio Mane pada minit 90+7 pada Isnin ketika menentang Zimbabwe. Sementara itu, Mane telah menjaringkan 26 gol dalam 80 perlawanan sejak membuat penampilan sulung di Senegal pada 2012, Tetapi dia juga mengalami nasib yang sama seperti Salah pada 2019 apabila Senegal ditewaskan 1-0 oleh Algeria pada perlawanan akhir.

Leave a Reply