2 perlawanan antarabangsa kelas Tier 1 ini menyaksikan skuad Harimau Malaya memperoleh 2 kemenangan sekaligus mendapatkan 2 “clean sheet”. Skuad negara juga memanfaatkan peluang untuk membolot kesemua mata penuh dalam penambahan point FIFA melonjak naik 2 anak tangga.
Aksi yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan 4 muka baharu dibawa masuk bagi memperkuat pasukan.
Untuk se-awal 5 minit permainan, pasukan Hong Kong rancak mengasak kubu pertahanan pasukan Malaysia dengan diberikan 2 sepakan sudut dan ada 1 tandukan cemas berjaya dihasilkan tetapi hanya sekadar singgah di tiang gol dan terus dikeluarkan oleh pemain pertahanan Malaysia. Permulaan yang cukup baik buat anak didik Kim Pan-gon yang turun dalam motivasi terbaik apabila melancarkan serangan bertali arus ke gawang gol Hong Kong.
Hong Kong tampak lebih yakin dengan asakan demi asakan serta cuba menggunakan kelebihan sepakan bola mati untuk dihantar kedalam kotak pasukan Malaysia. Malaysia bermain dengan agak baik mengawal permainan walaupun dari “back line” yang agak tinggi. Banyak percubaan berjaya dilepaskan seawal minit ke-15 suku fasa permainan.
Jaringan yang ditunggu akhirnya tiba menerusi rembatan deras Akhyar Rashid pada minit ke-18 setelah tekanan tinggi diberikan oleh jentera serangan Harimau Malaya. Ianya berlaku hasil kerja keras Faisal Halim mendapatkan bola dan menggelecek pertahanan lawan untuk disudahkan oleh Akhyar Rashid sendiri. Bermula dari itu Malaysia terus bernafsu melakukan “pressing” sehingga membuatkan pemain Hong Kong terpaksa berhempas-pulas untuk mengeluarkan bola.
Malaysia menambah duka Hong Kong apabila meledak satu lagi jaringan menerusi serangan balas pantas apabila Darren Lok berjaya melakukan satu hantaran yang disudahkan dengan cukup sempurna oleh Faisal Halim. Stadium Sultan Ismail kembali bergema dengan laungan “SUIII” sekaligus menjadikan momen yang sangat indah apabila Faisal Halim sujud syukur disambut dengan tangisan kegembiraan. Rangkuman ini menjadikan babak pertama permainan agak berintensiti tinggi dipamerkan daripada kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua, Harimau Malaya memperoleh peluang keemasan menerusi percubaan Darren Lok namun sedikit tersasar. Pada minit ke-54 sekali lagi Faisal Halim hampir mencetak nama sebagai jaringan tetapi percubaan sedikit perlahan dan berjaya dikendalikan oleh pertahanan pasukan Hong Kong.
Malaysia membuat pertukaran dengan memasukkan Syafiq Ahmad, Syameer, Stuart Wilkin dan Danial Ting yang juga melakukan debut dalam perlawanan ini untuk menambah kualiti keyakinan pasukan Malaysia. Fayadh Zulkifli juga dibawa masuk menggantikan Faisal Halim untuk mengemudi bahagian kanan negara.
Malaysian kemudiaanya memperlahankan rentak permainan dengan tidak melakukan gerakan atau serangan merbahaya kepada pasukan lawan. Untuk sekilas pandangan, masih terdapat banyak salah faham yang berlaku sepanjang perlawanan berlangsung. Akan tetapi pasukan Malaysia berjaya menyerap tahap kesukaran pasukan Hong Kong untuk ditukar kepada gaya permainan Malaysia yang jelas ada kelas tersendiri.
Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia berpeluang melonjak ke tangga ke-139 dunia selepas memperoleh 4.82 mata FIFA.