Home > Liga Malaysia 2023 > LIKAS BERGEMA LAGI

Anak didik Dato’ Ong Kim Swee mempamerkan aksi terbaik di laman sendiri sungguhpun menerima cabaran hebat pasukan dari Pantai Timur tersebut. Sabah tidak terburu-buru mendapatkan jaringan tetapi penalti yang diberikan sudah cukup membuatkan Sabah lebih gah apabila Darren Lok dengan tenang menyempurnakan sepakannya untuk mendahului seawal minit ke-2. Gol kedua hadir hasil pergelutan di dalam kotak penalti pasukan Kelantan United menyaksikan kapten pasukan Park Tae Su dengan mudah melakukan plessing membolosi gawang.

Bersambung babak kedua, giliran Telmo Castanheira menjaringkan gol pertamanya untuk Sabah dengan menanduk masuk umpanan cantik Daniel Ting. Kelantan United memperoleh gol saguhati menerusi sepakan peruma kapten pasukan, Indra Putra pada babak akhir permainan.

Leave a Reply