Home > Berita 433 > LAOS ABADIKAN GAMBAR KEMENANGAN MENENTANG MALAYSIA DI “FACEBOOK COVER”

LAOS ABADIKAN GAMBAR KEMENANGAN MENENTANG MALAYSIA DI “FACEBOOK COVER”

Susulan kemenangan dalam aksi timbal balik menentang anavar effect Malaysia semalam dalam saingan Piala AFF bawah 23 tahun ,Persatuan Bola Sepak Laos dilihat telah mengemaskini gambar latar belakang terbaharu pada platform Facebook yang menujukkan keputusan kemenangan mereka ketika menentang Malaysia

Ketua jurulatih Laos, Michael Weiss juga mengakui bahawa beliau berpuas hati dengan prestasi pemainnya selepas berjaya menyingkirkan Malaysia dari Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF)di Kemboja, semalam.

Malah, pengendali dari Jerman itu menjelaskan pasukannya kini perlu melakukan persediaan terbaik untuk menghadapi aksi separuh akhir yang berkemungkinan berdepan Vietnam atau Thailand.

“Ia hari yang menakjubkan dan hebat. Berdasarkan cara kami bermain pada babak pertama, kami sepatutnya boleh mendapat lebih dari satu gol.

“Tapi kami harus realistik kerana berdepan antara pasukan kuat di Asia Tenggara seperti Malaysia. Namun, kami berpuas hati dengan persembahan pasukan.

“Saya tumpu kepada proses jangka panjang untuk melihat pemain yang boleh di serap ke skuad senior kebangsaan dan ia menjadi pembangunan yang baik bagi pasukan Laos,” katanya yang turut berperanan sebagai ketua jurulatih skuad senior Laos.

Laos boleh dianggap mencipta kejutan di pentas Kejuaraan B-23 AFF kali ini apabila dua kali menundukkan Malaysia dengan 2-1 iaitu pada Jumaat lalu dan 2-0 dalam saingan di Phnom Penh, semalam.

Kejayaan manis menewaskan Malaysia yang dianggap sebagai antara pasukan pilihan pada kejohanan itu membolehkan Laos melangkah ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B.

Leave a Reply