Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk meneruskan rentetan kemenangan apabila mudah menewaskan Kuching City.
Anak didik Tano Solari meneruskan rentak cemerlang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi gerakan lincah Fernando Forestieri.
Pemain kelahiran Argentina itu meneruskan aksi cemerlangnya apabila menghukum kealpaan benteng Kuching City untuk meeldak gol kedua pasukan. Kuching City berpeluang untuk memperoleh gol pertama pasukan namun percubaan pemain mereka singgah di bahagian tepi gawang Syihan Hazmi.
Bersambung babak kedua, Harimau Selatan terus menggandakan usaha untuk mendapatkan gol ketiga pasukan menerusi percubaan Bergson Da Silva sebelum rembatan Juan Muniz menambah derita anak didik Irfan Bakti. Keputusan ini kekal sehingga tamat wisel permainan sekaligus menyaksikan JDT merakamkan kemenangan ke-11 dalam Liga Super.