Home > Berita 433 > KERAJAAN BAGI 10 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA

KERAJAAN BAGI 10 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA

Sebanyak RM10 juta disumbangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tujuan pembangunan bola sepak negara. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia sebagai sokongan dalam pelaksanaan pelan menyeluruh ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara yang disegani dalam sukan bola sepak menjelang tahun 2030.

Jelasnya, pembangunan sukan nombor satu itu bukan setakat penyediaan infrastruktur yang canggih dan moden semata-mata, sebaliknya turut melibatkan pembangunan bakat yang sistematik, bermula daripada peringkat akar umbi dan seterusnya menggilap bakat mereka sehingga menjadi aset terbaik negara.

“Kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk membantu perkembangan mutu bola sepak negara. Peta Hala Tuju atau F:30 yang dilancarkan pada 2018 pula adalah simbol kesungguhan FAM dalam melaksanakan pelan menyeluruh ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bola sepak yang disegani,” kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini.

Sumber gambar : FAM

“Sasaran utama F:30 ini adalah menjadikan pasukan negara sebagai salah satu daripada lima pasukan terbaik di Asia menjelang 2030. Sasaran ini mampu dicapai dengan syarat pucuk pimpinan FAM sentiasa menambah baik hala tuju dalam tempoh 12 tahun ini dari semasa ke semasa dan tidak lari daripada objektif asal mereka,” katanya. Tapak seluas 6 ekar tersebut akan dijadikan Pusat Latihan Kebangsaan FAM serta pelbagai fasiliti yang mampu menampung program bola sepak diperingkat akar umbi sehingga kebangsaan.

Leave a Reply