Home > Liga Malaysia 2023 > KEEPER SIMPANAN PDRM PERFORM, JDT HANYA MENANG TIPIS

KEEPER SIMPANAN PDRM PERFORM, JDT HANYA MENANG TIPIS

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan. Harimau Selatan dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan 82% penguasaan bola sementara PDRM hanya mencatat 18% penguasaan bola. 

Lapan sepakan penjuru, dan empat percubaan tepat JDT berjaya dihalang benteng pertahanan PDRM daripada dibolosi. 

Sebelum tamat babak pertama perlawanan, pengadil perlawanan Fitri Maskon menghadiahkan sepakan penalti buat JDT. Namun ketangkasan penjaga gol muda PDRM, Hakeem Hamidun menggagalkan hasrat Bergson Da Silva meledak untuk gol pertama JDT.

Tamat separuh masa pertama perlawanan, PDRM 0-0 JDT.

Aksi separuh masa kedua bermula dengan pertukaran dilakukan Esteban Solari, dengan memasukkan pemain tengah JDT, Endrick Dos Santos.

Serangan demi serangan digandakan JDT untuk memecah kebuntuan. Pada minit ke-60 permainan, penjaring terbanyak Liga Super 2023, Fernando Forestieri mencatat nama sebagai penjaring. 

Forestieri memanfaatkan kealpaan benteng PDRM yang gagal menyekat hantaran daripada Matt Davies untuk gol pertama perlawanan.

Pada minit ke-73 permainan, pengadil perlawanan Fitri Maskon melayangkan kad merah kepada pemain PDRM, Kyaw Min Oo setelah beliau mengumpul dua kad kuning.

JDT terus menerus mengasak, menghalakan bola dari kiri ke kanan padang untuk merobek benteng The Cops. Namun ketangkasan penjaga gol PDRM, Hakeem Hamidun menyekat peluang JDT untuk menambah jaringan. Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan, JDT tewaskan PDRM, 1-0.

Kemenangan malam ini merupakan kemenangan kesembilan JDT dalam saingan Liga Super 2023 sementara PDRM mencatat kekalahan kelima dalam saingan liga.

Leave a Reply