Home > Berita 433 > KEDAH TAMATKAN KONTRAK AIDIL SHAHRIN

KEDAH TAMATKAN KONTRAK AIDIL SHAHRIN

Sumber Gambar : Kedah Darul Aman FC

Aidil Sharin Sahak dilaporkan sah meninggalkan pasukan bola sepak Kedah selepas empat tahun berkhidmat sebagai ketua jurulatih.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab bola sepak berkenaan di Facebook mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah berbakti kepada skuad hijau kuning.

“Legasi Aidil Sharin Sahak sebahagian sejarah bola sepak hijau kuning. Terima kasih Coach Aidil Sharin Sahak atas legasi dan kejayaan yang dikecapi bersama pasukan Kedah selama 4 tahun, bermula musim 2019.

“Sejarah dan rekod yang akan terus dikenang oleh penyokong hijaukuning,” maklum kenyataan tersebut.

Untuk makluman, sepanjang karier Aidil Shahrin bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selama empat tahun perkhidmatannya telah merangkul pelbagai kejuaraan termasuklah menjadi juara Piala FA 2019, naib juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021.

Selain itu, beliau turut berjaya membawa Sang Kenari sebanyak tiga kali berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022

“Biar Jasa Jadi Kenangan! Sekali hijau kuning sentiasa hijau kuning!,” jelas KDA FC

Leave a Reply