Home > Liga Malaysia 2023 > JODOH LIM TEONG KIM & PERAK FC BERAKHIR

JODOH LIM TEONG KIM & PERAK FC BERAKHIR

Impak diharapkan daripada sentuhan bekas jurulatih akademi Bayern Munich, Datuk Lim Teong Kim bersama Perak FC nyata tidak menjadi, sekali gus menyaksikan ‘jodoh’ mereka berakhir di pertengahan musim.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Perak FC hari ini, kelab itu mengumumkan Teong Kim bukan lagi pengendali pasukan yang berkuatkuasa serta-merta.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim di atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Susulan itu, jurulatih skuad Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Perak iaitu Yusri Che Lah diumumkan sebagai pengendali sementara skuad The Bos Gaurus bagi mengharungi baki aksi Liga Super itu.

“Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih Sementara untuk masa terdekat”.

Sepanjang 12 aksi liga setakat ini, Perak hanya mampu melakar dua kemenangan dengan selebihnya tumbang tujuh kali dan seri tiga kali

Ia menyebabkan pasukan itu menghuni tangga ke-11 dengan hanya mengumpul sembilan mata.

Kekalahan 3-1 di tangan Sabah di Stadium Likas pada Selasa lalu adalah peranan terakhir Teong Kim bersama Perak.

Leave a Reply