Home > Harimau Malaya > Umum > JDT JUARA BUAT KALI-10 BERTURUT-TURUT. 1 DEKAD PENUH DOMINASI

JDT JUARA BUAT KALI-10 BERTURUT-TURUT. 1 DEKAD PENUH DOMINASI

Juara Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memastikan musim ini bakal diingati untuk satu tempoh yang lama.

Selain mengulangi pencapaian menggondol empat trofi buat kali kedua berturut-turut, mereka juga mencipta rekod baru gol liga iaitu 100 gol.

Rekod ini dicipta menerusi 25 kemenangan yang diraih Harimau Selatan sepanjang musim 2023. Ini termasuk kemenangan besar 8-0 ke atas Penang dalam aksi terakhir Liga Super hari ini.

Rekod ini jauh mengatasi rekod 61 gol yang dicipta JDT semasa dibimbing Hector Bidoglio pada musim lepas.

Rekod ini juga memecahkan rekod 64 gol yang dicipta Selangor FC semasa menggondol gelaran juara Liga Super pada tahun 2009.

Bergson da Silva, Fernando Forestieri, Arif Aiman Hanapi dan Juan Muniz menjadi penyumbang terbesar gol JDT. Keempat-empat pemain ini masing-masing menyumbang 21 gol, 19 gol, 11 gol dan sembilan gol.

Pencapaian ini dilihat pelengkap untuk kempen Liga Super 2023 Harimau Selatan yang gemilang dan bersejarah. Ini sudah pastinya bakal diingati penyokong setia JDT untuk tempoh yang lama.

Leave a Reply