Home > Liga Malaysia 2023 > JDT BERLATIH DI PERLAWANAN TUMPUAN BERHADAPAN SELANGOR

JDT BERLATIH DI PERLAWANAN TUMPUAN BERHADAPAN SELANGOR

Aksi Liga Super ke-5 menyaksikan pertembungan antara pasukan Selangor dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung dengan cukup sengit di Stadium MBPJ malam ini.

Kedua-dua pasukan mengekalkan barisan pemain yang sama dan hanya membuat satu pertukaran pemain.

Aksi bermula baik apabila tuan rumah melakukan asakan bertali arus namun masih tiada percubaan tepat dihasilkan.

Anak didik Tano Solari juga memiliki beberapa peluang keemasan menerusi sepakan percuma namun tidak dapat menembusi gawang gol Khairul Azhan.

The Red Giants memiliki peluang terbaik apabila hantaran lintang Ayron Del Valle singgah di kaki Faisal Halim namun percubaannya ditangkap kemas oleh oenjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.

Aksi babak pertama terikat tanpa sebarang jaringan.

Bersambung babak kedua, Harimau Selatan terus menghambat tuan rumah dengan tekanan tinggi dan akhirnya memperoleh gol pembukaan menerusi Juan Muniz.

JDT menambah derita anak didik Tan Cheng Hoe apabila penyerang sensasi pasukan, Diogo Luis Santo meledak gol ke-2 pada minit ke-65.

Malam gemilang JDT diserikan lagi dengan penyudah ampuh Fernando Forestieri yang meledak dua gol untuk meranapkan impian Selangor.

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan JDT kekal mendahului saingan Liga Super dengan 15 mata selepas 5 perlawanan.

Selangor akan bertemu KL City di Stadium Cheras manakala JDT akan melayan kunjungan Sabah di Iskandar Puteri.

Leave a Reply