Home > Match Review > JDT ATUR “FRIENDLY” DENGAN TEAM EUROPA LEAGUE

JDT ATUR “FRIENDLY” DENGAN TEAM EUROPA LEAGUE

Biarpun telah menjuarai Liga Super pada musim lalu serta berjaya mengekalkan kedudukan piala Liga Super di negeri tersebut sebanyak 8 kali berturut-turut namun Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat terus ‘bernafsu’ untuk mengekalkan status sebagai pasukan terbaik Liga Malaysia bagi musim 2022.

Buktinya, skuad Harimau Selatan bakal mengharungi persiapan pra musim mereka bagi mengharungi Liga Malaysia 2022 dengan mengadakan aksi persahabatan di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menentang 4  kelab Eropah iaitu MSK Zilina dari Slovakia pada 25 Januari ,Riga FC dari Latvia pada 29 Januari ,Rodina Moscow serta Spartak Moscow dari Russia pada 2 Februari dan 5 Februari nanti.

JDT menutup tirai musim 2021 sebagai juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut tetapi gagal untuk melengkapkan kejuaraan berganda setelah tewas kepada Kuala Lumpur City dalam aksi final Piala Malaysia.

Sementara itu, sebelum ini Pengarah Teknikal Pasukan JDT, Martin Prest memaklumkan beberapa perkemba­ngan terkini berhubung perpindahan keluar masuk pemain pasukan itu bagi musim 2022.

Menurutnya JDT sedang da­lam rundingan untuk mena­n­datangani seorang pemain tempatan dan empat pemain luar negara bagi musim 2022 dan akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

Serta terdapat juga desas desus yang mengatakan bahawa JDT kini sedang giat mencari “pairing” yang dikatakan dari liga utama Itali atau Seria A untuk dijadikan gandingan bersama penyerang mereka iaitu Begrson Da Silva pada musim ini.

Leave a Reply