Home > Berita 433 > GELANG BERTUAH LIONEL MESSI BANTU COUTINHO IKAT MAN UNITED

GELANG BERTUAH LIONEL MESSI BANTU COUTINHO IKAT MAN UNITED

Jika para pembaca perasan ketika perlawanan Minggu ke 22 Liga Perdana Inggeris yang melibatkan Aston Villa dan Manchester United ,ada satu perkara menarik yang perlu kita teliti,perkara tersebut ada bersama Philippe Coutinho ketika perlawanan tersebut.Apa yang menariknya Philippe Coutinho ada memakai  seutas gelang bertuah yang telah diberikan oleh bekas bintang Barcelona iaitu,Lionel Messi kepadanya 3 tahun lalu di Barcelona.

Pada asalnya ,Lionel Messi telah mendapat seutas gelang ini dari seorang wartawan iaitu Rama Pantarotto sejurus sahaja Messi terlepas sepakan penalti ketika Argentina seri 1-1 dengan Iceland pada Jun 2018.Legenda bola sepak Barcelona itu kemudian menyimpannya dan memakai gelang tersebut di buku lalinya, yang mengejutkan Pantarotto apabila Lionel Messi masih lagi memakai gelang tersebut apabila mereka bertemu semula selepas Argentina berjaya menewaskan Nigeria pada bulan yang sama.

Dan azimat bertuah itu bukanlah milik Pantarotto tetapi milik ibu Pantarotto.Namun setelah hampir setahun Messi memakai gelang tersebut,Messi menghadiahkannya kepada Coutinho, yang ketika itu sedang bergelut untuk mencari prestasi terbaiknya di Barcelona pada 2019.

Walaupun setelah sekian lama Messi menghadiahkan gelang tersebut kepada Coutinho, namun penyerang Brazil itu dilihat masih menghargai gelang tersebut dan memakainya ketika menghadiri hari pengenalan di Villa dan bukan sampai disitu sahaja,Coutinho juga dilihat masih memakai gelang tersebut ketika perlawanan Aston Villa menentang Manchester United yang juga merupakan perlawanan debut baginya setelah sekian lama meinggalkan Liga Perdana Inggeris sejak januari 2018.

Gerrard pernah bermain dengan Coutinho di Liverpool dan dia percaya perancang itu akan memberikan impak besar ketika pulang ke Liga Perdana.Pinjaman sehingga penghujung musim dengan pilihan pembelian secara tetap itu juga menyaksikan Coutinho akan kembali bekerjasama dengan bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Steven Gerrard yang kini merupakan pengurus kelab dari Birmingham itu.

Coutinho dan Gerrard menjadi sandaran utama Liverpool selama tiga musim 2012/2013  hingga 2014/2015 sebelum kapten legenda itu memilih untuk berkelana ke Amerika Syarikat bagi mewakili LA Galaxy dalam saingan Major League Soccer (MLS).Pemain kelahiran Rio de Janeiro itu pula terus bertahan selama tiga musim di Anfield dan akhirnya berhijrah ke Barcelona pada 6 Januari 2018 dan satu keputusan yang disifatkan oleh peminat bola sepak sebagai sedikit merugikan.

Dan dalam perlawanan tersebut Coutinho masuk sebagai pemain gantian menggantikan Morgan Sanson pada minit 68.Kemasukkan Coutinho dilihat membawa impak yang amat besar apabila beliau telah menyumbangkan 1 asisst untuk gol pertama Aston Villa dan seterusnya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit 82 sekaligus mengikat kedudukan perlawanan kepada 2-2 sehingga tamat perlawanan.

Leave a Reply