Home > Berita 433 > GABUNGAN 3 NEGARA KENDALI MALAYSIA BAWAH 23 TAHUN

GABUNGAN 3 NEGARA KENDALI MALAYSIA BAWAH 23 TAHUN

SUMBER GAMBAR : FAM

Pengalaman luas yang dimiliki E. Elavarasan membolehkannya dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia.

Pengendali kelahiran Selangor itu akan  dibantu oleh Torres Garrido dari Sepanyol sebagai penolong jurulatih serta jurulatih kecergasan, Park Jihyeon dari Korea Selatan

Pelantikan Elavarasan diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam sidang akhbar, sebentar tadi.

Selepas menimba ilmu di pentas antarabangsa selaku penolong jurulatih skuad senior di bawah kendalian Kim Pan-gon, pemilihan Elavarasan dianggap keputusan tepat.

Pernah membimbing Melaka United, PKNS, Sarawak United, Terengganu, Felda United, PDRM dan Public Bank dalam kariernya dalam liga domestik, jurulatih berusia 60 tahun dilihat amat arif dengan bola sepak tempatan.

Elavarasan menggantikan kekosongan Brad Maloney yang meletak jawatan bulan lalu selepas Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dalam Piala Asia B-23 di Uzbekistan. 

Leave a Reply