Home > Berita 433 > FANTASY PREMIER LEAGUE BERSAMA 433MALAYSIA

FANTASY PREMIER LEAGUE BERSAMA 433MALAYSIA

FPL, Sebuah Aplikasi Ringkas yang mampu buat anda sakit kepala menjelang hujung minggu

Tanggal 5 Julai merupakan hari yang ditunggu-tunggu buat para pengurus bolasepak sebuah aplikasi Liga terbesar di dunia di mana aplikasi FPL telah melancarkan kemaskini terbaru untuk musim 23-24. Namun apa itu FPL?
Biar 433Malaysia terangkan.

FPL merupakan sebuah aplikasi interaktif bernama Fantasy Premier League atau FPL/PL. Bagi yang belum pernah dengar tentang aplikasi ini anda boleh muatnaik aplikasi ini di Apple Playstore/Google Play atau menerusi laman web fantasy.premierleague.com .
Ala-ala pengurus bolasepak Liga Perdana Inggeris, dana sebanyak 100juta £ (pound sterling) di awal musim.

Sebagai pengurus maya, anda perlu sediakan skuad 15 pemain untuk mengharungi sepanjang 38 perlawanan. Pada setiap perlawanan, 11 pemain utama dan 4 pemain simpanan dipertaruhkan untuk mendapatkan mata terbaik sepanjang minggu perlawanan. Mata diperoleh menerusi skor,assist,clean sheet pemain.

Bagaimana cara nak join liga FPL? Kod enam angka akan diberikan oleh penganjur liga maya sebelum minggu perlawanan pertama bermula. FPL menyediakan Liga format classic (pungutan mata pemain) dan Head-to-Head(menang/kalah/seri) sepanjang 38 perlawanan.

Berikut adalah serba sedikit info mengenai aplikasi FPL. Ingin tahu lebih lanjut mengenai artikel FPL? Follow dan share konten ini di 433Malaysia. Jumpa lagi di artikel seterusnya.
Terima kasih.

Leave a Reply