Home > Berita Bola Terkini > “FAM YANG BERHUTANG,KAMI PULAK YANG DI DENDA”-ZAMSAHAM

“FAM YANG BERHUTANG,KAMI PULAK YANG DI DENDA”-ZAMSAHAM

Pemilik pasukan The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman meluahkan rasa tidak selesa selepas pasukan itu bakal didenda oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kegagalan untuk menghantar pasukan belia bertanding dalam kejohanan kelolaan badan induk itu.

Usahawan yang lebih dikenali sebagai Zamsaham itu menjelaskan mereka tidak dapat menghantar pasukan itu kerana kelambatan FAM untuk membayar duit pengadil yang sudah pun dilunaskan pasukan bagi pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL), tahun lalu.

Norizam menegaskan pasukan itu tidak terbeban dengan isu kewangan, namun dia melihat FAM tidak memahami situasi semasa yang menyebabkan pasukan tidak dapat menjana kewangan dan tetap memaksa pasukan melakukan seperti diarahkan.

‘Match (perlawanan) tahun lepas dah habis, duit referee (pengadil) Kelantan FC dah dibayarkan dahulu. Tetapi sampai hari ini sesen pun tak dapat. Bang duit tu RM79,286.68, cukup dah untuk sebuah kelab swasta ni tampung perbelanjaan budak-budak belia.

“Persoalannya, apa FAM baik MFL takda ke system rekod (rekod sistem) yang terus perlu bayar balik ke kelab selepas advance (pendahuluan) dibuat. Apa payable account policy (polisi pembayaran akaun) yang MFL ada?

“Berapa hari sepatutnya bayar semula kepada kelab? Ini dah nak masuk Mac 2022, duit tak masuk lagi. Seringkali kelab kena penuhi keperluan FAM dan MFL tetapi FAM dan MFL sendiri tak penuhi permintaan kelab, berunding dengan baik demi martabat bola sepak kita.

“Apa anda ingat Kelantan FC perlu dibuli? Apa anda ingat RM79,000 duit bayaran referee (pengadil) yang Kelantan bayarkan itu kecil? FAM perlu dirombak. MFL juga perlu dirombak total.

“Anda ada wang berjuta, ada dana kerajaan lagi. Tetapi anda gagal bayar RM79,000 ke sebuah kelab, bukti anda gagal. Kelantan FC sering didenda, apakah denda kepada FAM dan MFL yg gagal?

“Semoga Kelantan FC tak dibuli, didenda sewenang-wenangnya oleh pihak FAM yang jelas gagal capai matlamat KPI (petunjuk prestasi utam) ke Piala Dunia. Anda yg set target (letakkan sasaran) tapi anda gagal. Anda ada duit banyak tapi mengapa tidak berjaya naikkan ranking.

“Anda juga ingin dihormati. Saya akan hormat tetapi janganlah layan Kelantan FC macam budak kecil. Pihak FAM hanya tahu denda, denda dan denda. Kesilapan sendiri tak pernah tengok.

“Jangan denda hanya mengikut perlembagaan tanpa melihat isu COVID-19 yang menyebabkan ramai terkesan,” katanya menerusi akaun Facebooknya, semalam.BERITA BERKAITAN

Leave a Reply