Home > Berita 433 > ESM SYARIKAT TEMPATAN PERTAMA TEROKAI PELABURAN TEKNOLOGI SUKAN DI KEMBOJA

ESM SYARIKAT TEMPATAN PERTAMA TEROKAI PELABURAN TEKNOLOGI SUKAN DI KEMBOJA


Kepakaran sukan tempatan akan bertapak di bumi Kemboja tahun ini apabila temerterainya perjanjian akhir di mana Echo Sports Management (ESM) akan membuat pelaburan dalam Teknologi Sukan ( Papan LED Stadium ) dengan kerjasama Preah Khan Reach Svay Rieng FC ( PKRSRFC ).

Untuk rekod, ESM merupakan syarikat Sukan pertama dari Malaysia yang melabur di Kemboja dengan pelaburan sebanyak USD 280,000 menerusi projek ini. 

Melalui kerjasama ini, ESM akan menyediakan dan menguruskan papan LED untuk Stadium Svay Rieng, yang merupakan stadium rasmi bagi PKRSRFC. PKRSRFC merupakan pasukan bolasepak profesional yang beraksi di Liga utama Kemboja.

Memetik kenyataan Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif ESM, “Kami telah mengkaji pelbagai peluang projek teknologi sukan di Asia Tenggara dan kami memilih Kemboja sebagai pelaburan pertama kami, melihatkan kepada potensi pasaran yang agak besar di sini”

“Akses kepada industri ini tidak datang dengan mudah atau murah. Kami membawa pengalaman terkumpul bertahun-tahun dan rangkaian peribadi peringkat tinggi ke dalam projek ini untuk cuba menjadikannya sebagai sebuah kejayaan besar dan seterusnya mengantarabangsakan kepakaran Malaysia”.

Bagi PKRSRFC pula, memetik kenyataan Pengurusnya, Christopher Grant :

“Sebagai sebuah Kelab yang diuruskan secara profesional, kami amat mengalu-alukan kerjasama dari pihak yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam bidang teknologi sukan bagi membantu pembangunan Kelab secara jangka panjang”

“Kami berpendapat ESM sememangnya mempunyai kualiti rakan kerjasama yang kami ingini, dan kami sangat yakin kerjasama ini akan memberikan manfaat besar kepada Kelab kami dan seterusnya pembangunan bolasepak di Kemboja”

Sebagai makluman, ESM adalah merupakan syarikat sukan yang menyediakan perkhidamatan konsultansi sukan, khidmat latihan, representasi pemain dan atlet, pengurusan acara sukan dan penyediaan fasiliti.

Leave a Reply