Home > Berita 433 > DATUK HAMIDIN NAFI TMJ “TANGAN GHAIB” DALAM ISU PEMILIHAN PEMAIN

DATUK HAMIDIN NAFI TMJ “TANGAN GHAIB” DALAM ISU PEMILIHAN PEMAIN

Baru-baru ini Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya telah mendedahkan laporan bedah siasat kepada umum untuk mencari punca kegagalan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lalu

Antara soalan- soalan yang dikemukan oleh para wartawan,ada yang bertanya berkaitan “Tangan Ghaib” dalam pengurusan Skuad Harimau Malaya seperti yang digembar – gemburkan di media sosial

Dalam sidang media ini,Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysi (FAM) Datuk Hamidin Bin Mohd Amin antara yang menjawab persoalan ini

“Tangan ghaib ni kebanyakkan netizen mengatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai individu yang menyusun pemain dalam skuad Harimau Malaya”

“Saya nak beritahu pendek sahaja,pemain-pemain yang dipilih semasa perlawanan persahabatan bertemu Jordan dan Uzbekistan adalah pilihan jurulatih sendiri (Tan Cheng Hoe)

Tambah Datuk Hamidin “Saya rasa kalau kita minta mana-mana pemain pun memang tiada masalah untuk mereka lepaskan ke Skuad Harimau Malaya”

Tambahnya lagi “Anda perlu tahu, setiap jurulatih mempunyai corak dan cara mereka tersendiri,itu yang mereka pilih,itu yang mereka dapat”

Leave a Reply