Home > Berita Bola Terkini > CRISTIANO RONALDO PEMAIN TERBAIK BULAN FEBRUARI LIGA ARAB SAUDI

CRISTIANO RONALDO PEMAIN TERBAIK BULAN FEBRUARI LIGA ARAB SAUDI

Cristiano Ronaldo diumumkan sebagai pemain terbaik Liga Saudi bagi bulan Februari.

Pemain 38 tahun itu, yang menyertai Al Nassr pada penghujung tahun lalu, meledak lapan gol dan membantu dua lagi hanya dalam empat perlawanan sepanjang Februari.

Sumbangannya membantu Al Nassr mengukuhkan kedudukan untuk mengakhiri penguasaan Al Hilal sepanjang tiga tahun lalu.

Al Nassr kini mendahului Liga Saudi dengan kelebihan dua mata ke atas Al Ittihad yang mengumpul 41 mata.

Juara bertahan, Al Hilal ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu itu tetapi mampu merapatkan jurang kepada dua mata sekiranya memenangi tiga perlawanan yang belum diharungi berbanding Al Nassr.

Ronaldo memulakan amukan jaringannya ketika menentang Al Fateh pada 3 Februari. Pemenang lima kali Liga Juara-Juara Eropah dan Ballon d’Or itu menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir dalam keputusan seri berkenaan.

Pada perlawanan seterusnya menentang Al Wehda, Ronaldo meledak empat gol dan membantu kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Al Taawoun lapan hari kemudian.

Sabtu lalu, Ronaldo meledak hatrik keduanya dalam Liga Saudi ketika kemenangan 3-0 ke atas Damac.

Ketika Ronaldo menikmati suasana baharu jauh dari Manchester United, kelab lamanya pula menikmati kejayaan tanpanya.

Skuad kendalian Erik ten Hag memenangi trofi Piala Liga selepas menewaskan Newcastle 2-0 pada aksi final Ahad lalu

Leave a Reply