Home > Match Review > CHELSEA REBAH DI BUMI SENDIRI BERDEPAN ARSENAL

CHELSEA REBAH DI BUMI SENDIRI BERDEPAN ARSENAL

Setelah berjaya mara ke pentas akhir piala FA minggu lalu, Chelsea yang dikatakan pilihan utama pertembungan “London Derby” ini, tewas mengejut dengan seteru utama mereka Arsenal dengan defisit 2-4.

Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 perlawanan menerusi larian solo Edward Nketiah. Walau bagaimanapun, Chelsea tidak menunggu lama apabila Timo Werner kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-17 perlawanan.

Asakan demi asakan telah berlaku, Arsenal dilihat lebih bijak dan klinikal apabila Emile Smith Rowe bijak menyempurnakan “set up” kemas untuknya, apabila mudah merembat masuk dari luar kotak penalti, sekaligus meletakkan Arsenal di hadapan sementara waktu.

Selang beberapa minit kemudian, César Azpilicueta pula sekali lagi memberi harapan buat tuan rumah, apabila berjaya menyempurnakan hantaran silang daripada Mason Mount. Keputusan terikat 2-2 sehingga selesai babak pertama.

Masuk awal babak kedua, Chelsea dilihat lebih dominan dalam mengatur serangan. Namun salah faham dalam bertahan telah menghukum tuan rumah, apabila sekali lagi Edward Nketiah berjaya mencuri kesempatan sekaligus meletakkan pasukan pelawat dihadapan.

Pasukan tuan rumah dilihat cuba untuk melakukan kebangkitan, namun sekali lagi mereka dihukum apabila mudah menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan pelawat sekaligus berjaya disempurnakan dengan baik oleh Bukayo Sako pada hujung minit perlawanan.

Keputusan selesa 4-2 Arsenal mengungguli “derby” ini, kekal sehingga tamat permainan. Dengan kemenangan ini, perebutan slot ke saingan Liga Juara Juara musim hadapan, dilihat kembali terbuka buat Arsenal yang kini menghuni tangga ke-5 liga manakala Chelsea masih lagi berada di tangga ke-3 liga.

Leave a Reply