Home > Liga Malaysia 2023 > CHALLENGE CUP: PDRM TEPATI RAMALAN KE FINAL

CHALLENGE CUP: PDRM TEPATI RAMALAN KE FINAL

PDRM FC mengesahkan kemaraan ke MFL Challenge Cup selepas menewaskan Penang FC dalam aksi kedua separuh akhir hari ini.

Penang perlu menang dengan lebih daripada dua gol sekiranya mahu layak ke final. Sementara The Cops pula hanya perlu mempertahankan kelebihan agregat 2-1 mereka untuk layak ke final.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berhati-hati dalam mengatur gerakan serangan.

PDRM lebih banyak mengasak menerusi penyerang import mereka, Uche Agba dan Nabil Ahmad Latpi. Bagaimanapun, penyudah tumpul menyaksikan keputusan 0-0 sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Sang Saka Biru terus meningkatkan asakan ke atas kubu pertahanan Harimau Kumbang.

Akhirnya, gol yang dicari tuan rumah muncul pada minit ke-59 menerusi Agba selepas menerima hantaran Marcus Macauley.

Tersentak, Penang yang dibimbing Chong Yee Fat membuat beberapa pertukaran dengan harapan cuba mengejar PDRM.

Namun begitu, itu tidak berlaku. Sebaliknya, The Cops menambah jaringan kedua menerusi Agba pada minit ke-82.

Itu sudah cukup buat PDRM layak ke final dengan keputusan agregat 4-1.

Sang Saka Biru bakal berdepan Kuching City FC di final selepas mereka mengatasi Kelantan United FC dalam satu lagi aksi Challenge Cup.

Leave a Reply