Home > Liga Malaysia 2023 > CHALLENGE CUP: PDRM MALUKAN PENANG FC DI STADIUM BANDARAYA PP

CHALLENGE CUP: PDRM MALUKAN PENANG FC DI STADIUM BANDARAYA PP

Pasukan Liga Super, PDRM FC berjaya mempamerkan kekuatan hebat untuk menewaskan Penang FC di gelanggang lawan.

Skuad kendalian Yunus Alif tampil lebih baik pada babak pertama selepas beberapa kali menguji gawang gol tuan rumah.

Detik terbaik buat pasukan hadir apabila kapten pasukan, Amir Saiful bijak membaca hantaran Uche Agba sebelum melepaskan rembatan kencang melepasi kawalan Azfar Arif pada minit ke-19.

The Phanters cuba bangkit menerusi beberapa gerakan namun berjaya dinafikan oleh barisan pertahanan PDRM untuk keputusan 1-0 memihak kepada pasukan pelawat pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Penang cuba mengawal rentak permainan dengan lebih baik dengan beberapa pertukaran cuba dilakukan oleh pasukan.

Usaha ini membuahkan hasil apabila penyerang berbisa pasukan, Adriano berjaya mencari ruang dalam kotak penalti sebelum menewaskan Ramadhan Hamid.

Jaringan cantik pemain gantian, Fakhrul Azim memastikan kemenangan buat PDRM menerusi rembatan cantik.

Keputusan ini kekal selepas tambahan masa 5 minit untuk memberi kelebihan kepada PDRM yang memiliki gol di tempat lawan bagi aksi timbal balik, 5 November kelak.

Leave a Reply