Home > Berita 433 > BUKAN SETAKAT KELAB,FIFA DAN UEFA TURUT SINGKIR RUSIA DARI SERTAI PIALA DUNIA

BUKAN SETAKAT KELAB,FIFA DAN UEFA TURUT SINGKIR RUSIA DARI SERTAI PIALA DUNIA

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggesa semua persekutuan sukan dan penganjur menyingkirkan atlet Rusia dan Belarus serta pegawai mereka daripada saingan antarabangsa selepas pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Beberapa jam selepas itu, badan induk bola sepak antarabangsa, FIFA menyingkirkan Rusia daripada saingan ke Piala Dunia 2022, manakala Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) turut menggantung skuad kebangsaan Rusia dan kelab negara itu daripada semua aksi antarabangsa

“Bola sepak ialah sukan perpaduan dan kami bersatu dengan semua yang terkesan di Ukraine,” kata kenyataan dikeluarkan FIFA dan UEFA.

Sementara itu IOC, berkata metreka berdepan ‘dilema yang tidak boleh diselesaikan.’

“Ketika atlet dari Rusia dan Belarus boleh terus bertanding dalam acara sukan, ramai atlet Ukraine terhalang kerana negara mereka diserang.

“Dalam usaha mempertahankan integriti kejohanan sukan global dan keselamatan semua peserta, IOC EB (majlis eksekutif) mencadangkan persekutuan sukan antarabangsa dan penganjur acara sukan, tidak menjemput atau membenarkan atlet dari Rusia dan Belarus serta pegawai mereka menyertai kejohanan antarabangsa,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Leave a Reply