Home > Berita 433 > BORAK FC DAPAT TAJAAN SYARIKAT LUAR NEGARA?

BORAK FC DAPAT TAJAAN SYARIKAT LUAR NEGARA?

Sebelum ini penulis kami ada menulis tentang pasukan Borak Football Club yang kini sedang aktif bermain Liga Sosial sekitar Lembah Klang tetapi dalam penulisan sebelum ini, penulis kami hanya sempat merakamkan bagaimana Borak Football Club ini mampu terbina.

Dalam sesi temu ramah terbaru, 433 Malaysia Official sekali lagi berjaya mendapatkan Pengurus Pasukan Borak Football Club iaitu saudara Fahmi Zaini, Kali ini penulis sempat bertanyakan tentang hala tuju seterusnya untuk Borak Football Club.

Beliau berkata “Kami sekarang sedang berbincang dengan sebuah syarikat luar negara bagi proses penajaan penuh untuk musim 2022”

“Dan sekarang ini juga Pihak Pengurusan Borak FC juga sedang giat menguruskan kertas kerja untuk projek kolaborasi bersama syarikat antarabangsa ini”.

Tambah Fahmi Zaini lagi,

”jika semuanya berjalan dengan lancar,berkemungkinan besar Borak FC akan mendapat tajaan jersey away bagi memudahkan pihak pengurusan serta pemain mengharungi musim 2022 yang panjang”.

Diharapkan segala gerak kerja pengurusan serta pemain Borak Football Club berjalan dengan lancar

Leave a Reply