Home > Liga Malaysia 2023 > BEKAS PEMAIN B-20 ARGENTINA TIBA DI KOTA BHARU

BEKAS PEMAIN B-20 ARGENTINA TIBA DI KOTA BHARU


Kelantan FC dilihat terus memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk Sentuhan ‘Latin’ dari negara yang menjuarai Piala Dunia Qatar bakal memperkuatkan skuad TRW dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain tersebut ialah Leonardo Gabriel Rolon yang beraksi di posisi sayap telah diperkenalkan ketika Pasukan Kelantan FC tiba di hotel penginapan menjelang perlawanan menentang Sri Pahang FC pada 2 Mac nanti.

Untuk rekod, Leo yang berasal dari Rosario itu sebelum ini pernah beraksi bersama skuad B-20 Argentina yang menjuarai Kejohanan Bolasepak Amerika Selatan.

Menurut laman Transfermarkt, pemain berusia 28 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana pasukan dengan kali terakhir beraksi di CA Mitre, divisyen dua Argentina.

Leo dilihat mampu beraksi di banyak posisi termasuk bahagian serangan, pertahanan dan sayap sekali gus kehadirannya akan memberi nilai tambah buat skuad kendalian Choi Moon-sik itu

Leave a Reply