Home > Match Review > ARSENAL ATAU MAN UNITED YANG BAKAL LAYAK KE SAINGAN UCL MUSIM HADAPAN?

ARSENAL ATAU MAN UNITED YANG BAKAL LAYAK KE SAINGAN UCL MUSIM HADAPAN?

Perlawanan Liga Perdana Inggeris pada minggu ini diteruskan lagi apabila The Gunners akan melayani kunjungan The Red Devils di Emirates malam ini. Kemenangan ke atas Chelsea pada minggu lalu, sedikit sebanyak memberikan keyakinan buat kem Arsenal.

United yang tewas 0-4 minggu lalu, kini boleh menarik sedikit nafas lega apabila penyerang bintang mereka, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menjalani latihan serta bersedia untuk diturunkan manakala kapten pasukan, Harry Maguire tidak akan bermain kerana insiden ugutan “bom” tempoh hari.

United pada ketika ini, boleh dilabelkan terumbang ambing apabila hanya merekodkan 2 kemenangan daripada 7 perlawanan, 3 daripadanya kekalahan di tempat lawan. Hal ini, sedikit sebanyak akan memberikan tekanan buat seluruh kem United.

Bagi skuad kendalian Arteta pula, penyerang muda mereka Eddie Nketiah dijangka akan menjadi penggempur utama serangan mereka. Pemain muda yang berusia 22 tahun itu, sudah semestinya akan menjadi pemain tumpuan setelah berjaya menampilkan aksi cemerlang sekaligus meleburkan harapan seteru utama mereka minggu lalu.

Perlawanan pada malam ini, sudah semestinya akan menjadi tumpuan utama kerana ia menyaksikan penentuan dan harapan buat slot ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan. Arsenal yang berkelebihan satu perlawanan sudah semestinya akan menjadi pilihan utama, manakala United akan mempunyai misi penting untuk merapatkan jurang kedudukan liga.

Leave a Reply