Home > Berita 433 > AGUERO MAHU SERTAI BARISAN KEJURULATIHAN SKUAD ARGENTINA

AGUERO MAHU SERTAI BARISAN KEJURULATIHAN SKUAD ARGENTINA

SERGIO AGUERO telah mendedahkan bahawa dia merancang untuk berada di Piala Dunia bersama Argentina pada musim sejuk ini sebagai kakitangan kejurulatihan.

 Legenda Manchester City itu berharap supaya dia boleh menjadi sebahagian daripada skuad Lionel Scaloni sebagai pemain. Tetapi selepas terpaksa bersara pada Disember lalu berikutan diagnosis aritmia jantung, Aguero kini mempunyai rancangan lain.

Aguero yang bercakap ketika dalam temu bual bersama penyiar radio Argentina

“Saya akan pergi ke Piala Dunia Qatar. Kami akan mengadakan mesyuarat minggu ini. “Saya mahu berada di sana. Ideanya adalah untuk saya dimasukkan ke dalam kakitangan kejurulatihan, saya sudah berbicang mengenai ini dengan jurualtih pasukan kebangsaan dan presiden persatuan bolasepak Argentina

Rancangan untuk menyertai barisan kejurulatihan tersebut akan membolehkan beliu bergabung dengan rakannya iaitu Lionel Messi, kerana Leonel Messi juga berhasrat untuk akhirnya menambah Piala Dunia ke dalam kabinet trofinya yang membonjol itu. 

Tambah Aguero lagi,

“Kadang-kadang saya tertanya-tanya adakah saya akan dapat melakukan pecutan lagi di padamg bola?,Saya hanya rasa jantung saya tidak berfungsi dengan baik.” 

Leave a Reply